Tentera Laut Diraja Malaysia Leftenan (tentera laut)

Leftenan TLDM ialah salah satu pangkat pegawai muda dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia. Leftenan (TLDM) berbeza dengan Leftenan dalam Tentera Darat dan Leftenan TUDM malah lebih kanan dari kedua-dua pangkat tersebut. Leftenan setaraf dengan Kapten Tentera Darat dan Kapten TUDM. Pangkat Leftenan juga diwarisi daripada sistem pangkat British seperti kebanyakan struktur pangkat Angkatan Tentera Malaysia. Seorang Leftenan setara dengan Lieutenant dalam kebanyakan tentera laut di dunia.

Insignia

Pegawai yang berpangkat Leftenan memakai dua "balak" di epolet dan di pergelangan pada baju musim sejuk.